

SHAH ALAM, 26 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 5 petang.
Agensi itu memaklumkan cuaca sama juga dijangka melanda Kuala Lumpur dan seluruh Melaka selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Petaling, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang appeared first on Selangorkini.

