Petanah kecewa penanaman padi bukit kurang diberi perhatian

27 Nov 2023 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah) menyambut baik inisiatif kerajaan negeri menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah yang diumumkan Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun (gambar) ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024 pada Jumaat.

Presidennya, Gaibin Ransoi berharap penubuhan semula lembaga itu dapat meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa kecewa kerana inisiatif Petanah untuk membantu memperhebatkan penanaman padi bukit kurang diberi perhatian.

“Lima tahun yang lalu Petanah sudah mula merancang bagaimna menambah pengeluaran padi di Sabah dan kita dapati bahawa tanaman padi bukit secara besar besaran satu usaha yang paling mudah dibandingkan tanah sawah yang memerlukan peruntukan besar seperti persediaan tanah, perparitan saliran air sebab tanah sawah yang terbiar boleh diusahakan sudah menjadi hutan,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Menurut Gaibin, padi bukit hanya memerlukan tanah dan “perbelanjaan untuk mengusahakannya tidak begtu tinggi”.

Ini kerana pengusaha sudah tersedia dan terlatih sebab usaha itu diwarisi masyarakat petani secara turun menurun beratus tahun dahulu, katanya.

Gaibin berkata Petanah telah memohon tanah seluas 2,180 ekar di Nabawan tetapi sehingga sekarang “belum ada kepastian”.

“Kami ahli-ahli Petanah amat sedih kerana kami bersungguh sungguh dalam usaha ini namun demikian kerajaan tidak ambil perhatian yang serius.

“Kalau rancangan Petanah ini terlaksana sudah tentu dapat membantu kerajaan mengurangkan kos mengimport beras dari luar negara, dan secara tidak langsung petani dapat tingkatkan sara hidup melalui jualan beras tempatan,” katanya.

Katanya, Petanah berharap kerajaan Sabah dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.