
Kota Kinabalu: Seorang petani, yang dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun kerana memasuki kawasan Taman-Taman Sabah di Kota Belud tanpa permit, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan tersebut.
Hakim Datuk Ismail Brahim melepaskan dan membebaskan Tingkun Penimbol, 53, dan membenarkan rayuannya terhadap hukuman dan sabitan, selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.
Ismail mengenepikan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun yang dikenakan kepada Tingkun oleh Mahkamah Sesyen.
Dalam membuat keputusan itu, antara lain, Ismail berkata rayuan tersebut mempunyai merit dan keputusan oleh Mahkamah Sesyen dibatalkan.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Tingkun merayu terhadap hukuman dan sabitan itu selepas dia disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen.
Pada 26 Januari 2023, Tingkun disabitkan kesalahan memasuki kawasan Taman Kinabalu berhampiran Kg Sayap tanpa kebenaran bertulis dari Lembaga, atau Pengarah, atau mana-mana Pegawai Taman pukul 11 pagi pada 27 November 2017.
Dia didakwa di bawah Seksyen 48(1)(p) Enakmen Taman-Taman 1984 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 48(1)(2) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yaz tampil untuk pendakwaan manakala peguam Datuk Ram Singh, Kimberly Ye, dan Chen Wen Jye mewakili Tingkun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
