
Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 41 tahun didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada pertuduhan terhadapnya.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap gadis berusia 14 tahun dua bulan itu dengan meraba payudara dan menyentuh kemaluannya.
Kejadian itu didakwa berlaku pada 5.30 petang 7 Julai 2019 di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Marudu.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Disebabkan hubungan antara lelaki dan mangsa itu, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1) Akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 8 Sept tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan lelaki itu dengan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan.
Lelaki itu juga diperintah melapor diri di balai polis Kota Marudu dua kali sebulan dan diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan, khususnya mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Suriyati Jumain hadir untuk pendakwaan, sementara lelaki itu tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

