Petani Sabah disaran teroka potensi tanaman limau bali

12 May 2024 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

Tenom: Sabah merekodkan pengeluaran limau bali sebanyak 134,000 kilogram bernilai RM527,000 setakat 7 Mei lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata hal itu secara tidak langsung mencerminkan potensi pertanian limau bali yang boleh diterokai oleh petani di Sabah.

“Pada 2023, industri limau bali di Sabah mencatatkan hasil sebanyak 268,000 kilogram bersamaan dengan RM966,000. Sabah merupakan satu daripada pengeluar limau bali utama di Malaysia selain Perak.