Peter ada 14 hari: Speaker

LocalPolitics
6 Mar 2025 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Crystal E Hermenegildus

Kota Kinabalu: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Kadzim M. Yahya berkata Datuk Peter Anthony mempunyai 14 hari untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang sebelum hilang kelayakan sebagai Adun Melalap secara automatik.

Beliau berkata, tempoh 14 hari ini bermula pada Selasa selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Adun itu atas kesalahan memalsukan dokumen.

“Kini terpulang kepada dia untuk menghabiskannya dalam tempoh 14 hari. Jika dia telah menggunakan semua saluran undang-undang dalam tempoh itu, kerusinya akan dikosongkan secara automatik,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan Peter, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022 kerana memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) 11 tahun lalu.

Kadzim berkata, status Adun Melalap akan diputuskan setelah semua peruntukan undang-undang berkaitan telah dipenuhi.

Mengikut Perkara 17(1)(e) Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana Adun yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai seorang Adun.

Bagaimanapun, peruntukan ini mesti dibaca bersama dengan peruntukan lain yang berkaitan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah berhubung kehilangan kelayakan seseorang Adun, tambahnya.

Peter yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) telah berkhidmat sebagai Adun Melalap sejak Mei 2018 lalu dan kini dalam penggal kedua.