
Kota Kinabalu: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony akan mengetahui nasibnya pada 9 Julai, berhubung permohonannya untuk semakan kehakiman terhadap keputusan rayuan yang mengekalkan sabitannya dan hukuman penjara atas kesalahan memalsukan dokumen.
Menurut laporan terdahulu oleh Bernama, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang diadakan secara dalam talian pada 16 Mei lalu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd Khairi Harun.
Prosiding itu juga disertai oleh TPR Haresh Prakash Somiah dan peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili Peter.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pada 4 Mac tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan Peter, menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap itu perlu menjalani hukuman penjara selama tiga tahun.
Pada 26 Mei 2022, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara dan denda RM50,000 selepas Peter didapati bersalah memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Peter telah membayar denda tersebut.
