Peter Anthony sah tanding kerusi Tenom

Politics
30 Oct 2022 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM), Datuk Peter Anthony mengesahkan bertanding kerusi Parlimen Tenom pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Bercakap kepada pemberita pada Jumaat, beliau turut mengumumkan KDM akan bertanding di kerusi pedalaman Keningau dan Pensiangan.

Sebelum ini, Peter yang juga Adun Melalap turut mengumumkan parti itu akan turut bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Sepanggar, Kimanis dan Kota Marudu, yang menjadikan keseluruhannya tujuh kerusi.