Petinju Kenneth Egano Meninggal Dunia Semasa ‘Fight’

15 May 2023 • 11:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Petinju Kenneth Egano Meninggal Dunia Semasa ‘Fight’

Petinju Filipina, Kenneth Egano dilapor meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat pendarahan otak semasa perlawanan tinju pada Sabtu lalu.

Lapor Bleacher Report, Egano bertanding dengan kad pertarungan Blow by Blow yang dipromosikan oleh bekas juara dunia divisyen kelapan, Manny Pacquiao di Gimnaisum Sukan Imus.

Egano memperoleh kemenangan dalam pusingan kelapan ke atas pihak lawannya, Jason Facularin, namun dia rebah di sudut ketika juri sedang mengira kad skor.

Dia kemudiannya dikejarkan menggunakan pengusung dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Egano dikatakan koma selepas mengalami pendarahan otak sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Lembaga Permainan dan Hiburan Filipina mengeluarkan kenyataan menyatakan takziah kepada keluarga mangsa.

“Seluruh agensi Games and Amusement Board (GAB) meratapi pemergian petinju professional Kenneth Egano.

“Takziah kepada keluarga, saudara mara dan rakan kenneth. Semoga rohnya tenang,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Blow by Blow juga mengeluarkan kenyataan di Facebook.

“Seluruh keluarga Blow by Blow sangat sedih dengan berita bahawa salah seorang petinju kesayangan kami, Kenneth Egano telah pergi meninggalkan dunia.

“Kenneth ialah salah seorang pemain muda terbaik Blow by Blow dan berpotensi untuk menjadi juara masa depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pacquiao telah berjanji untuk membayar perbelanjaan perubatan Egano awal minggu ini.

Dia juga telah mengeluarkan kenyataan tersebut semasa Egano dimasukkan ke hospital.

“Tiada yang lebih berharga daripada nyawa manusia.

“Tinju benar-benar sukan yang berbahaya dan peninju patut dihormati kerana mereka mempertaruhkan nyawa mereka.

Pacquiao menyatakan ucapan takziah di media sosial miliknya selepas berita mengenai Egano tersebar.

“Saya tidak menjangka bahawa ini akan berlaku apabila kami melakukan yang terbaik.

“Mengapa ia berlaku kepada kami? Maaf kerana ia berlaku. Saya harap anda berada di tempat yang baik,” tulisnya.

Egano mempunyai rekod 7-1 dengan tiga kalah mati.