Petisyen pengampunan Najib: 135,000 bantah, 7,000 sokong

Politics
8 Apr 2023 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebaskan dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto/change.org

KUALA LUMPUR - Dua petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petisyen berkenaan dilancarkan di platform change.org. itu adalah "Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" digerakkan individu bernama Ariff Lias.

Tinjauan Awani ke laman berkenaan sehingga jam 11 pagi menunjukkan "Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" mendapat jumlah tandatangan terbanyak iaitu 135,643.

Ia sekali gus menghampiri sasaran sebanyak 150,000 tandatangan diraih sejak dilancarkan pada Sabtu.

Sementara itu, petisyen "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" hanya mencatatkan 7,743 dengan sasaran sebanyak 10,000 tandatangan.

Kedua-dua petisyen memberi penjelasan tersendiri berhubung Pengampuan Diraja berkenaan.

Antara isu yang disentuh dalam pestisyen yang membantah pengampunan itu adalah berhubung kesan rasuah yang memberi kesengsaraan dan perasaan malu bagi rakyat.

Sementara bagi petisyen menyokong, isu yang diketengahkan adalah berhubung dakwaan ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman dalam kes SRC dihadapi Najib. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved