Petisyen tuntut siasat skandal LCS tanpa campur tangan politik

LocalPolitics
10 Aug 2022 • 8:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Satu petisyen suara berhubung tuntutan rakyat terhadap skandal LCS TLDM digerakkan bagi mendesak siasatan isu berkenaan dilakukan tanpa campur tangan politik. - Gambar Fail Bernama

SHAH ALAM - Satu petisyen suara berhubung tuntutan rakyat terhadap skandal kapal tempur pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan bagi mendesak siasatan isu berkenaan dilakukan tanpa campur tangan politik. Petisyen dimulakan Akademik Pendidikan Politik dan Demokrasi itu mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun segera melaksanakan siasatan, memuktamadkan dan mendakwa mereka yang terlibat. Turut dituntut agar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera bagi meneliti dan melaksanakan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tanpa campur tangan politik. Antara lain, petisyen itu juga menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi meneliti segala aspek agar tiada pihak yang bersalah terlepas daripada pendakwaan. "Jangan ada sebarang perlindungan politik yang tidak munasabah diberikan oleh pihak-pihak tertentu. "Sebagai warga negara Malaysia, kami amat menghargai pengorbanan para anggota tentera yang sepatutnya mendapat pembelaan yang lebih baik menerusi keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera," menurut petisyen itu. Petisyen 'Tuntutan Rakyat Terhadap Skandal Kapal Ghaib LCS' mendapat 144 sokongan berbanding sasaran 200 tandatangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved