Kerajaan meneruskan komitmen dalam agenda peralihan tenaga apabila Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), menerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, meluluskan 48 projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil, berjumlah kapasiti keseluruhan 181.25 megawatt (MW). Projek-projek ini diluluskan di bawah mekanisme Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT), dan dijangka menyumbang pelaburan sebanyak RM1.87 bilion, serta mula menjana tenaga elektrik hijau kepada grid nasional seawal tahun 2028. Menerusi satu kenyataan rasmi, PETRA menjelaskan bahawa kelulusan ini adalah hasil daripada proses e-bidding yang dibuka antara 15 Januari hingga 19 Februari 2025 untuk kuota sebanyak 190MW bagi tiga sumber tenaga tersebut. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 projek melibatkan sumber biogas (30.93MW), lapan projek daripada biojisim (53.50MW), dan 20 projek menggunakan hidrokuasa kecil (96.82MW). Artikel lain: Projek Tenaga PETRA Bernilai RM260 Juta Tingkat Kestabilan Elektrik Lebih 60,000 Pengguna Sabah Dan Labuan PETRA menjelaskan bahawa pelaksanaan projek ini akan memperkukuh daya harap sistem pembekalan elektrik negara, selain memperluas kepelbagaian sumber tenaga boleh baharu yang bersifat firm atau konsisten. Inisiatif ini turut diselaraskan dengan prinsip utama Malaysia MADANI yang menekankan kemampanan, inovasi dan kesejahteraan bersama. Orang awam dan pemain industri yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keputusan bidaan e-bidding ini boleh merujuk laman web rasmi SEDA Malaysia di www.seda.gov.my48 projek Tenaga Boleh Baharu

“Sebanyak 59 permohonan diterima, dan 48 projek telah memenuhi kriteria teknikal dan kewangan yang ditetapkan,” kata PETRA pada Jumaat.
“Projek TBB di bawah mekanisme FiT ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meningkatkan kapasiti campuran TBB negara kepada 70% menjelang 2050,” jelas PETRA lagi.
The post PETRA Luluskan 48 Projek Tenaga Boleh Baharu Bernilai RM1.87 Bilion appeared first on Borak Daily.


