PETRONAS Akan Membuka Stesen Super Hibrid Komersial Pertama Malaysia

TechnologyDigitalCars
3 Jul 2024 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Senada dengan matlamat merendah karbon negara tidak lama lagi, Stesen Super Hibrid pertama di lebuh raya negara akan dibina menerusi kerjasama antara PLUS Malaysia dan Petronas Dagangan Berhad.

image is not available

Kesepakatan ini akan memperlihatkan stesen ini menyediakan kemudahan sebuah stesen petrol, diesel berskala besar dan stesen juga pengecasan pantas kenderaan elektrik (EV). Untuk peringkat awal, Lembah Klang akan menjadi lokasi rintis stesen hibrid PETRONAS. Langkah yang diambil PETRONAS ini sama seperti yang dilakukan kerajaan Jerman yang memwartakan stesen bahan api fosil sedia ada perlu diubahsuai untuk menawarkan pengecasan EV.

Secara menyeluruh, kerjasama ini akan memberi nafas baharu kepada konsep stesen minyak di negara dengan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan untuk kenderaan ICE dan EV. Seperti yang telah kami laporkan minggu lalu, kekurangan stesen pengecas menyebabkan hampir separuh pemilik EV di Amerika Syarikat dan Australia ingin kembali menggunakan kenderaan bahan api fosil. Bagi mengelakkan isu yang sama melanda pemilik EV tempatan, pengenalan stesen hibrid ialah langkah yang sangat maakul.