Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kini memaklumkan yang mana mereka telah menerima sokongan daripada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan pembangunan projek Stesen Pengisian Semula Hidrogen Mudah-Alih, menjelang penghujung tahun 2024 ini.

Projek ini dijangka melibatkan beberapa pihak untuk bekerjasama, termasuk Petronas Technology Ventures Sdn Bhd, NanoMalaysia Berhad, UMW Corporation Sdn Bhd, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, dan juga MGTC.
Selari dengan langkah ini juga, MOSTI mengumumkan sebanyak tiga unit kenderaan Toyota Mirai akan dibawah masuk ke Putrajaya. Kenderaan ini yang dikuasakan hidrogen boleh bergerak sehingga 1000km dengan pengisan penuh sebanyak 5.6kilogram hidrogen.

Menyentuh mengenainya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan kenderaan berkuasa hidrogen ini lebih senyap berbanding yang menggunakan bahan api petrol. Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkongsi harapan untuk ekosistem bahan api hidrogen dalam negara berkempang lebih pesat dan maju – selari dengan kajian serta penyelidikan menyeluruh berkaitan dengan teknologi ini.

