Petronas belanja lebih RM295j untuk pelbagai program di Sabah

29 Oct 2022 • 12:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Petronas membelanjakan lebih RM295 juta untuk pelbagai program pendidikan dan pembangunan modal insan di Sabah sejak 2010, kata Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Datuk Bacho Pilong.

Menurutnya, lebih dari 1.15 juta rakyat negeri ini menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif pembangunan modal insan hasil kerjasama erat yang dijalin pihaknya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan rakan strategik lain.

“Antaranya, pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Ranau bernilai lebih RM110 juta meliputi kawasan seluas 26,000 meter persegi dan mampu menampung 450 pelajar dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang STEM.