PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak Terkuat Di Dunia, Tempat Ke-10 Minyak Paling Bernilai

Business & Finance
27 Mar 2024 • 3:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Petroleum Nasional Berhad, PETRONAS terus mengekalkan kecemerlangan apabila diiktiraf secara rasmi sebagai jenama minyak yang terkuat di dunia bagi tahun 2024.

image is not available

Menerusi laporan yang diterbitkan, dapat dilihat bahawa jenama PETRONAS menunjukkan kecemerlangannya apabila memperoleh pengiktirafan dari syarikat antarabangsa iaitu Brand Finance.

Laman syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa meskipun terdapat sedikit penurunan daripada 89.44 namun jenama minyak kebangsaan ini masih kekal berada di tangga teratas bagi kekuatan jenama AAA dengan BSI sebanyak 87.78.

Walau bagaimanapun kajian menyatakan, persepsi terhadap penurunan nilai akibat kenaikan harga tenaga telah menimbulkan kebimbangan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, PETRONAS turut tersenarai dalam top 10 bagi jenama minyak paling bernilai di dunia dengan menduduki tempat ke-10 mengatasi jenama-jenama lain.

image is not available

Foto: Laman Brand Finance

Menurut syarikat tersebut, jenama minyak dari Malaysia ini menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam mengatur strategi menakjubkan kerana berjaya mencapai nilai jenama dengan peningkatan sebanyak 15% menjadi 14.6 bilion USD berbanding 12.7 bilion USD pada tahun lepas.

Selain itu, jenama dari syarikat United Kingdom iaitu Shell berada di kedudukan pertama bagi minyak paling bernilai tahun 2024 dengan nilai yang dianggarkan sebanyak 50.32 bilion USD.