Petronas dijangka tingkatkan perbelanjaan aktiviti huluan, harga minyak mentah stabil AS$84 setong

Business & Finance
13 Mar 2024 • 11:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Petronas dijangka tingkatkan perbelanjaan aktiviti huluan, harga minyak mentah stabil AS$84 setong

herman

13/03/2024 - 11:20

KUALA LUMPUR 13 Mac - Perbelanjaan modal huluan Petronas dijangka meningkat pada tahun ini susulan harga minyak mentah Brent diunjurkan stabil pada harga AS$84 satu tong.

Kenanga Research berkata, peningkatan ini akan menepati sasaran perbelanjaan modal (capex) Petronas pada RM60 bilion tahun ini.

"Memandangkan tinjauan positif terhadap harga minyak mentah Brent, kemungkinan Petronas akan berusaha untuk memenuhi atau melebihi capex tahunan ini pada masa hadapan. Hasrat ini sejajar dengan butiran yang dikongsi dalam Tinjauan Aktiviti Petronas 2024-2026

"Segmen perkhidmatan huluan memasuki pusingan meningkat yang berpotensi membawa kemasukan peluang pekerjaan pada 2024 dan syarat kontrak yang lebih menguntungkan kepada penyedia perkhidmatan disebabkan kekurangan bekalan berterusan," katanya dalam nota penyeldikan hari ini.

Sementara itu, Kenanga Research menaik taraf panggilan sektor minyak dan gas kepada OVERWEIGHT daripada NEUTRAL.

Kata firma penyelidikan itu, turut dinaik taraf VELESTO dan WASCO kepada OUTPERFORM daripada MARKET PERFORM semasa semakan keputusan suku keempat tahun kewangan (4QCY23) terkini selepas syarikat mencatatkan set keputusan yang kukuh.

"Pada pandangan kami, industri perkhidmatan huluan berada di puncak kitaran naik yang berpotensi dengan aliran kerja dijangka meningkat sepanjang 2024.

"Terma kontrak peluang peluang pekerjaan baharu juga mungkin lebih menguntungkan kepada penyedia perkhidmatan disebabkan kekurangan bekalan yang berterusan," jelasnya.

"Tinjauan hiliran kekal lembap disebabkan lebihan kapasiti di peringkat global dan pemulihan permintaan global yang perlahan," jelas Kenanga Research.

Menurutnya, pilihan utama sektor ini ialah DIALOG, YINSON dan UZMA. - DagangNews.com