Petronas kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual pegangan minoriti pada syarikat Gentari Sdn Bhd yang memfokuskan kepada tenaga lestari. Dana dan langkah berkenaan dijangka akan membantu dalam terus mempeluaskan syarikat Gentari.

Pegangan minoriti berkenaan dijangka bernilai mencapai $500 juta, dan masih pada fasa awal perbincangan dalaman. Petronas dikatakan telah menerima minat daripada dana infratruktur dan rakan industri lain berkenaan hal ini – namun, terdapat kemungkinan Petronas tidak menjual pegangan pada Gentari dan meneruskan operasi seperti biasa sepenuhnya.
Pada hari ini, ramai mengenali Gentari sebagai penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik, dan mempunyai sekitar 170 pengecas di seluruh negara. Nilai syarikat Gentari keseluruhan dikatakan masih pada peringkat perbincangan buat masa ini.



