PETRONAS Nafi, Tepis Dakwaan Terlibat Dalam Perjanjian Bekalan Bahan Api Filipina

LocalBusiness & Finance
29 Mar 2026 • 1:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

PETRONAS menafikan penglibatannya dalam perjanjian bekalan bahan api yang melibatkan sebuah unit kerajaan tempatan di Filipina seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Syarikat minyak dan gas nasional berkata, ia tidak mengetahui tentang, mahupun terlibat dalam sebarang pengaturan sedemikian dan tidak memeterai sebarang perjanjian atau komitmen berkaitan.

“Tumpuan segera PETRONAS adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang boleh dipercayai dan berterusan tersedia untuk Malaysia.
“Ini kekal menjadi keutamaan utamanya, disokong oleh rangkaian bekalan yang mantap dan penyelarasan rapat dengan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

image is not available

Terdahulu, media Filipina melaporkan kerajaan wilayah Davao Del Norte di negara itu merancang untuk mengimport 44 juta liter bahan api dari Malaysia.

Artikel lain: Untung Bersih Petronas Gas Menurun Kepada RM1.73 Bilion

Langkah berani itu diambil bagi menjamin bekalan bahan api di wilayah berkenaan susulan ketegangan di Asia Barat yang semakin meningkat.

image is not available

Gabenornya, Edwin Jubahib, mengesahkan rundingan sedang berjalan dengan PETRONAS bagi perjanjian diesel yang bertujuan menstabilkan ketersediaan bahan api di seluruh wilayah berkenaan.

Edwin berkata, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, namun butiran penting masih dirahsiakan sementara rundingan diteruskan.

Sumber: Petronas

The post PETRONAS Nafi, Tepis Dakwaan Terlibat Dalam Perjanjian Bekalan Bahan Api Filipina appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved