Petronas nafi terlibat dalam laporan hantar diesel ke Filipina

12 Apr 2026 • 6:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Petronas menafikan penglibatan syarikat itu dalam laporan penghantaran kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia ke Filipina seperti yang dilaporkan oleh media asing baru-baru ini.

Petronas menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berkaitan pembekalan diesel.

image is not available
Grafik memaparkan penjelasan isu dakwaan diesel Malaysia ke Filipina

“Keutamaan utama Petronas kekal memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan,” kata syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan Agensi Berita Filipina (PNA) yang menyatakan penghantaran diesel berkenaan bertujuan menambah bekalan bahan api Filipina ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat.