Petronas perkukuh azam jadi organisasi bebas rasuah

6 Aug 2022 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menjadi syarikat terbaharu menandatangani IBR.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,802 entiti termasuk syarikat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kementerian telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga kini. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menjadi syarikat terbaharu menandatangani IBR dalam usahanya memperkukuh azam menjadi sebuah organisasi bebas rasuah. Beliau berkata, Petronas telah berjaya menzahirkan inisiatif antirasuah dan pematuhan secara keseluruhan terhadap kesemua arahan yang telah dikeluarkan kerajaan. "Ia seperti penubuhan Unit Integriti dan Tadbir Urus (IGU) dan perlaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). "Pematuhan kepada semua inisiatif ini merupakan elemen penting dalam memastikan sesebuah organisasi telah memperolehi tatacara yang mencukupi selaras dengan peruntukan liabiliti korporat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Majlis membaca dan menandatangani IBR itu diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dengan disaksikan Azam serta Pengerusi Lembaga Pengarah Petronas, Tan Sri Bakke Salleh. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved