Petronas rai 130 pengamal media dalam majlis berbuka puasa

23 Mar 2024 • 3:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meraikan kira-kira 130 pengamal media dalam satu majlis berbuka puasa di sini, pada Khamis.

Ketua Media Komunikasi Petronas, Jalina Joheng berkata selain bagi meraikan bulan Ramadan, majlis tahunan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara syarikat dan pengamal media.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan media khususnya dalam memastikan mesej syarikat dapat disampaikan dengan jelas dan tepat dan berharap kerjasama erat yang terjalin akan dapat diteruskan dari masa ke masa.

Hadir sama, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Harniza Abdul Wahab, Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar, Ketua Pengarang Utusan Borneo, Datuk Lichong Angkui dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Peter Tong Ah Pin.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.