PETRONAS sahkan bekalan bahan api mencukupi hingga akhir Jun

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 1:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 APRIL: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di rangkaian stesennya di seluruh negara terjamin sehingga akhir Jun ini, susulan kebimbangan akibat krisis tenaga global.

PETRONAS memaklumkan jaminan itu merupakan lanjutan daripada unjuran bekalan sehingga akhir Mei sebelum ini, dengan syarikat terus aktif menguruskan rantaian bekalan di semua stesen minyaknya.

“PETRONAS membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara menerusi syarikat senarai awam miliknya, Petronas Dagangan Bhd.

“Jumlah selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, syarikat minyak dan gas negara itu menegaskan komitmennya dalam memastikan bekalan bahan api kekal stabil dan boleh diharapkan untuk semua rakyat.

“Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan harian masing-masing serta mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik,” menurutnya.

Menurut PETRONAS, penggunaan secara berhemah akan memastikan semua pengguna terus mendapat akses bekalan secara berterusan.

Pada 1 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PETRONAS membantu kerajaan memastikan bekalan minyak dan gas mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved