Petronas setuju laksana sistem mentor

19 May 2024 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Petronas bersetuju untuk melaksanakan sistem mentor di mana mana-mana syarikat besar asing yang dianugerahkan kontrak minyak dan gas di Sabah akan mengambil sebuah syarikat Sabah sebagai syarikat angkat.

Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini bagi membolehkan syarikat Sabah yang tidak mempunyai kapasiti bernaung di bawah mana-mana syarikat gergasi dengan kapasiti dan mendapat kontrak minyak dan gas yang besar.

“Petronas bersetuju dan kami berharap ini akan dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan Majlis Kandungan Tempatan Sabah bagi Industri Peralatan, Perkhidmatan, Minyak dan Gas (OGSE) (OGSE) di Hilton, Jumaat.