Petronas sumbang 17,190 kalkulator kepada pelajar

LocalTechnology
16 Dec 2024 • 11:08 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Rahim Matnin

Kota Kinabalu: Dalam usaha memperkasakan pelajar di Sabah, Petronas melalui Yayasan Petronas dan Petronas Floating LNG (PFLNG), dengan kerjasama strategik SLB, telah menyumbang sebanyak 17,190 unit kalkulator saintifik kepada pelajar-pelajar di negeri ini. Majlis Penyerahan Sumbangan Kalkulator Saintifik bagi Program WeHelp anjuran Petronas diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd Arif berkata bahawa sumbangan ini amat bermakna dalam membantu pelajar mengharungi cabaran pembelajaran, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).

AdvertisementInisiatif ini bukan sahaja memastikan pelajar memiliki akses kepada kemudahan pembelajaran, tetapi turut meringankan beban keluarga, khususnya daripada golongan B40. Ia juga berfungsi sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Bayangkan impak yang dapat kita lihat kelak—anak-anak yang mungkin hari ini belajar dalam kekurangan, mampu bangkit dan menjadi tenaga pakar yang akan menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara,” katanya selepas merasmikan majlis tersebut.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Di pihak Kerajaan Negeri Sabah, inisiatif ini selari dengan hasrat untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada agenda pembangunan Sabah Maju Jaya.

Katanya, kerjasama antara Petronas dan SLB melalui program ini wajar dijadikan teladan dan berharap sinergi ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Sabah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam majlis yang sama, Arifin turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Petronas dengan dua institusi vokasional Sabah di bawah Program Vista, Penyerahan Surat Niat kepada Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah untuk penyediaan latihan kemahiran yang berkaitan kepada belia Sabah dan Penyampaian sumbangan untuk pembangunan Pomigas 2.0.