Petronas temui minyak di lapangan Sépia, Brazil

Business & Finance
8 Nov 2022 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petronas amat teruja dengan penemuan minyak di salah satu lembangan paling prolifik di dunia. Foto 123RF

[KEMAS KINI] ANAK syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di lapangan minyak pragaram Sépia.

Telaga itu terletak di Lembangan Santos yang prolifik, kira-kira 250 kilometer (km) dari pantai Rio de Jenerio, pada kedalaman kira-kira 2,000 meter.

Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100 peratus) dan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia yang diberikan kepada Petrobras (30 peratus), TotalEnergies (28 peratus) dan PBBL (21 peratus) dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.

PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Jeneiro pada 2021.

Naib Presiden Penerokaan Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, pihaknya amat teruja dengan penemuan ini di salah satu lembangan paling prolifik di dunia.

"Petronas dan rakan kongsi akan terus bekerjasama rapat, bersama-sama dengan kerajaan tuan rumah, untuk membuka lebih banyak penciptaan nilai dan pencapaian bersama-sama.

"Petronas juga akan meneruskan usaha penyahkarbon untuk membangunkan lapangan Sépia secara mampan, sambil mengukuhkan portfolio kami di negara ini. Ini selaras dengan strategi pertumbuhan global kami," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved