PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

LocalBusiness & Finance
1 Apr 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Petronas Dagangan Bhd (PDB) menjelaskan bahawa video yang tersebar di media sosial berhubung kejadian kebakaran di Putra Heights, Puchong tidak berlaku di mana-mana stesen minyak Petronas.

Menurut PBD, tiga stesen minyak Petronas (PS) berdekatan – PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari terpaksa ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

“Namun, pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka - PS USJ 20, PS USJ 6 dan PS USJ 9," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Petronas mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi ini.

image is not available

Katanya saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan.