Petua cuci siput sedut guna 1 bahan, lendir & hanyir hilang, tak perlu hampas kelapa

Cooking
8 Aug 2023 • 8:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SIPUT sedut atau juga dikenali sebagai siput belitung kegemaran ramai. Siput air tawar yang banyak dijual di pasar tani ini sangat sedap, lebih-lebih lagi jika diolah menjadi masak lemak.

Sebelum dimasak dan dijadikan santapan, siput ini perlu dibersihkan dengan teliti. Selain lumpur, lendir dan bau hanyirnya juga perlu dihapuskan.

Pengguna Facebook Estos Felica berkongsi cara mudah dan menjimatkan mencuci haiwan ini yang diwarisi turun temurun daripada keluarga.

Tidak seperti kebanyakan petua, tip kali ini hanya menggunakan satu bahan dan pastinya bukan hampas kelapa.

Berikut langkah petuanya:

PETUA MENCUCI SIPUT SEDUT/ SIPUT BELITUNG

Bahan
Serai
Air paip

Langkah penyediaan

1. Bersihkan siput terlebih dahulu dan potong dua ruas dari belakang untuk memudahkan proses menyedut ketika makan nanti. Bilas ia beberapa kali.

image is not available

2. Ambil serai dan ketuk ia menggunakan lesung.

3. Kemudian ramaskan serai di dalam air rendaman berisi siput siput tadi.

4. Biarkan siput terendam di dalam air berkenaan selama 15 hingga 30 minit sebelum dibersihkan.

image is not available

“Cuba lihat gambar yang dikongsikan. Gambar sebelum direndam ia berlendir. Selepas direndam bau hanyir pun hilang. Ini adalah petua turun-temurun keluarga saya,” kongsinya.

KHASIAT SIPUT SEDUT

Siput ini bukan sahaja enak, malah ia juga kaya dengan pelbagai nutrien. Berikut adalah kelebihannya:

a)Ia adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan asid amino. Sumber protein yang murah berbanding daging.

b)Tinggi kandungan vitamin A dan C yang berupaya meningkatkan sistem imun.
c)Ia mengandungi folat yang sangat baik diambil ibu hamil dan bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Sumber: Estos Felica

Kredot foto utama: Norimah Sarib

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

View Original Article