Petua Orang Dulu Memang Padu! Pakai Pes Halia Je Nak Hilangkan ‘Stretch Marks’, Ini Caranya..

Health & Fitness
21 Dec 2022 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebiasaannya, tanda garisan di perut ataupun ‘stretch marks’ akan mula muncul apabila ibu-ibu di luar sana hamil dan selepas bersalin. Ia juga boleh terjadi kepada mereka yang mengalami berat badan yang turun mendadak selain perut juga mula menggelebeh.

Namun begitu, terdapat petua orang dulu-dulu tentang bagaimana menghilangkan garisan ‘stretch marks’ dengan menggunakan barang dapur sahaja!

Tak perlu membazir, malah berkesan dan selamat untuk diamalkan, namun mak-mak di luar sana haruslah sentiasa konsisten mengamalkannya.

Hilangkan Stretch Marks Dengan Pes Halia

Bahan-bahan diperlukan adalah halia dan cuka makan.

Cara-cara penyediaan

Tumbuk lumat dua ketul halia bersaiz 1 inci setiap satu dan kemudian campurkan dengan 2 sudu cuka makan.

Gaul ramuan sampai sebati hingga jadi pes pekat. Kemudian sapukan ke perut dan pinggang. Pakailah bengkung macam biasa untuk biarkan ramuan itu sentiasa panas.

Barut perut anda sekemasnya, namun jika anda bersalin secara pembedahan jangan amalkan kerana bimbang luka c-section akan terbuka.

image is not available

Sumber : Google  

Ini antara petua orang dulu-dulu untuk elakkan pecah-pecah pada kulit perut. Perut tak gelebeh dan lembik tau.

Selamat mencuba!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

(VIDEO) Tak Boleh Bersalin 'Czer' Lebih 3 Kali, Pegawai Kesihatan Perjelas Sebabnya..