Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

Cooking
2 Dec 2022 • 11:19 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BAGI mereka yang gemar menanam pokok buah-buahan tentunya menginginkan hasil buah yang banyak. Mangga sering menjadi pilihan ramai kerana ia mudah ditanam dan tidak bermusim, malah penjagaannya juga tidak rumit.

Bagaimanapun yang menimbulkan masalah ialah pokok ini tidak berbuah lebat atau langsung tidak berbuah. Berbagai usaha dilakukan oleh mereka yang menanamnya termasuklah menggunakan baja tertentu namun hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

Seorang pengguna Facebook, Kak Chah berkongsi tip memecah kebuntuan ramai untuk melebatkan buah mangga. Jelasnya, beliau mendapat petua tersebut melalui anaknya yang terbaca satu artikel dari luar negara.

image is not available

“Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, pokok mangga yang saya tanam di tepi rumah berbuah lebat. Dahan pokok sudah tidak dapat lagi menampung buah mangga sehingga sampai satu tahap, dahan pokok patah kerana buah mangga yang terlalu berat,” katanya.

Jelas Kak Chah lagi, beliau tidak menggunakan baja tertentu untuk menyuburkan pokok mangga yang ditanam sebaliknya mengamalkan petua menggunakan minyak masak terpakai. Berikut dikongsikan petua cara melebatkan buah mangga.

Bahan:
Minyak masak terpakai

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Gali lubang di sekitar pokok mangga.

2.Tuangkan minyak masak terpakai tersebut pada jarak dua atau tiga kaki dari batang pokok tersebut.

Hasilnya anda akan dapati pokok mangga berbuah lebat. Tidak hanya itu, buahnya juga manis.

Katanya, ada kala pokok mangga tersebut berbuah pada dahan tertentu dan bukan serentak yang menyebabkan akan ada buah yang sudah masak, buah muda, putik buah dan ada yang baru berbunga.

Bagi mengatasi masalah buah mangga yang berulat di dalam, kak Chah menyarankan agar garam kasar ditaburkan sekeliling pokok mangga dengan jarak dua hingga tiga kaki dari batang pokok. Hasilnya bukan sahaja buah tidak berulat, isinya juga manis.

KHASIAT MANGGA:

1. Mangga tinggi dengan kandungan potasium dan juga magnesium.

2. Ia juga mengandungi dua pertiga vitamin C dan antioksidan. Antioksidan yang kuat mampu meningkatkan sistem imun tubuh.

3. Mangga boleh membantu mengawal paras kolesterol. Paras pektin yang tinggi boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh.

4. Mangga atau nama saintifiknya Mangifera indica mengandungi zat besi yang tinggi. Selain menyihatkan mata, ia dapat mencegah anemia.

5. Salah satu kebaikan buah mangga ialah ia membantu menyihatkan kulit. Mangga sarat dengan vitamin C bukan sahaja menjadikan kulit menjadi cantik, seratnya juga boleh membersihkan usus daripada toksin.

Kredit foto utama: Pexels

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi