Petugas Haji Di Madinah Siap Sedia Terima Jemaah Haji Malaysia

LocalTravel
19 Apr 2026 • 2:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Petugas Haji Di Madinah Siap Sedia Terima Jemaah Haji Malaysia

MADINAH, 19 April -- Persiapan pembukaan Operasi Haji Madinah bagi musim 1447H kini berjalan lancar dan telah mencapai tahap kesiapsiagaan penuh dalam menerima kesemua 31,600 jemaah haji dari Malaysia.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 75 petugas telah tiba lebih awal di Madinah pada 12 April lepas bagi memulakan gerak operasi.

Pasukan tersebut diketuai oleh Naib Konsul Haji yang juga Pengarah Operasi Madinah, Tuan Haji Affandi Abdullah.

image is not available
Kredit: TH

Difahamkan, seramai 40 orang petugas ditempatkan di bahagian kebajikan manakala 35 lagi terdiri daripada petugas perubatan yang bertanggungjawab memastikan kebajikan serta kesihatan jemaah sentiasa terjaga.

TH turut memaklumkan, jemaah haji Malaysia bakal ditempatkan di tiga zon penginapan utama di Madinah iaitu Hotel Emaar Royal (Zon 1), Hotel Anwar Al Madinah Movenpick (Zon 2) dan Hotel Emaar Elite (Zon 3).

"Hotel Emaar Elite yang merupakan bangunan terbaru terletak kira-kira 150 meter dari Masjid Nabawi," maklum kenyataan tersebut.

image is not available
Kredit: TH

Dalam pada itu, Pusat Pentadbiran Operasi Madinah kini beroperasi di lokasi baharu, Hotel Zaha Taiba.

"Kedudukan bangunan ini yang hampir dengan Masjid Nabawi, serta dilengkapi kemudahan moden termasuk dapur dan restoran yang lebih selesa, dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan operasi," tambah TH.

image is not available
Kredit: TH

Menurut kenyataan itu lagi, bangunan pentadbiran berkenaan menempatkan pelbagai unit penting seperti Pejabat Pengarah Operasi Madinah, Pejabat Operasi Perubatan dan Unit Pentadbiran.

Begitu juga Bilik Maklumat Operasi, Unit Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan dan Unit Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Maklum TH, pihaknya menjangkakan Operasi Haji Madinah 1447H dilaksanakan dengan lebih efisien dan teratur berikutan kedudukan lokasi yang strategik serta mempunyai kemudahan yang lebih lengkap.

Selain itu, pihaknya turut dapat memastikan kebajikan serta keselesaan jemaah haji Malaysia terjaga sepanjang masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved