Petugas Jakoa cemas, kereta hanyut selepas hantar bantuan banjir

10 Jan 2024 • 9:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Empat petugas Jakoa berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dinaiki mereka dihanyutkan air berhampiran Kampung Orang Asli Sedohok di Kluang pada Rabu.

KLUANG - Empat petugas Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dinaiki mereka dihanyutkan air berhampiran Kampung Orang Asli Sedohok dekat sini pada Rabu.

Pengarah Jakoa Johor, Faisal Long berkata, insiden yang berlaku pada kira-kira 2 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa apabila mereka sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa berkata sebaik tiba di kawasan yang dinaiki air, secara tiba-tiba kenderaan itu bergerak ke kiri sebelum hanyut secara perlahan-lahan.

"Kenderaan itu berhenti kira-kira 10 meter dari jalan selepas tersangkut pada sebatang pokok dan apabila mereka berjaya keluar, kesemua petugas diselamatkan oleh ahli konvoi bantuan yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang turut sama dalam konvoi itu membantu mengeluarkan kenderaan pacuan empat roda terbabit dari dalam air.

Terdahulu, keempat-empat mangsa menghantar bakul makanan ke Kampung Orang Asli Sedohok, yang turut disertai Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Sapiah Mohd Nor, telah menggunakan jalan alternatif dari Batu 17 untuk masuk ke kampung itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved