Petugas Menangis Pilu, Terpasang Bendera Indonesia Terbalik Semasa Hari Kemerdekaan

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 11:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Petugas Menangis Pilu, Terpasang Bendera Indonesia Terbalik Semasa Hari Kemerdekaan

Seorang peserta yang terlibat tidak sengaja telah memasang bendera Indonesia secara terbalik semasa sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-80, Ahad lepas.

Insiden berkenaan pantas menjadi viral apabila petugas berkenaan dirakam menangis teresak-esak, menyesali kesilapan yang dilakukannya.

Menurut Detik.com, insiden tersebut berlaku semasa sambutan HUT diadakan secara meriah di Lapangan Kondosapata Mamasa, Kecamatan Mamasa.

Dalam video yang menjadi tular, bendera yang dipasang pada tali untuk dinaikkan di tiang berada dalam posisi terbalik iaitu warna merah pada bahagian bawah.

Sebaik menyedari kesilapan berlaku, bendera berkenaan kemudian segera diturunkan sebelum posisinya dibetulkan semula.

Pengibar bendera menangis teresak-esak, tak sengaja pasang bendera Indonesia terbalik

Ketua Panitia penganjur acara berkenaan, Walem dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas itu kepada wartawan mengesahkan insiden yang berlaku adalah tidak disengajakan.

“Saya selaku Ketua Panitia memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia, khususnya kepada warga kabupaten Mamasa.

“Insiden berlaku secara tidak sengaja. Ia berlaku kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pengibarnya,” kata Walem.

Dalam pada itu, beliau turut menepis dakwaan bahawa peserta tidak melakukan persiapan secukupnya sebelum acara HUT berlangsung.

“Bendera terbalik mungkin kerana pengibarnya merasa sedikit gugup. Tiada masalah kurang persiapan kerana latihan sudah dijalankan dua minggu lebih awal,” katanya lagi.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang menunjukkan beberapa orang peserta yang terlibat sebagai pengibar bendera dalam insiden berkenaan menangis teresak-esak selepas acara selesai.

Malah, ada kalangan mereka terpaksa ditenangkan oleh peserta lain.

Walem berkata, insiden yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk lebih berhati-hati ketika menguruskan simbol negara di masa hadapan.

https://www.instagram.com/reel/DNdbX0ONySs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=9ec6bf09-9668-46b2-9878-2036624f4164

Sumber: Detik.com