Petugas pembersihan cedera, tangan tersepit katil hospital

LocalHealth & Fitness
24 Mar 2025 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KOTA MARUDU: Seorang wanita yang juga petugas pembersihan Hospital di sini terpaksa menahan sakit kira-kira lebih 30 minit apabila tangan kanannya tersepit pada katil boleh laras di wad bersalin petang Sabtu.

Pihak bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu menggunakan peralatan khas untuk merenggangkan besi katil bagi mengeluarkan tangan mangsa.

Komander Operasi BBP Kota Marudu, PBK I Asman Omar berkata, sebaik sahaja dikeluarkan, tangan mangsa didapati cedera dan berlubang dipercayai akibat tekanan antara besi dan skru pada bahagian katil berkenaan.

Asman berkata, berdasarkan maklumat, mangsa yang berumur 49 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di ruang wad bersalin kira-kira pada jam 4.10 petang sebelum tergelincir dan tersepit pada bahagian bawah katil itu.

Menurut Asman, seramai enam anggota diketuai PBK II Jakri Bahar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 petang.

Bomba mengambil masa enam minit bagi mengeluarkan tangan mangsa, seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk rawatan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved