“Pewaris Khal Legacy” – Abang Tesla Kesal Status Facebook Individu Jadi Punca Perbalahan Isteri-Isteri

LocalEntertainment
2 Sep 2024 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sejak semalam apabila isteri kepada pensohor media sosial Abang Tesla iaitu Majdina ada meluahkan rasa kesal dengan sikap keluarga madu yang didakwa menghinanya.

Difahamkan, isu perbalahan berkaitan dengan syarikat serta harta-harta yang diusahakan Abang Tesla dan isteri pertama, Majdina.

Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry membuat kenyataan di Instagram di mana dia telah menerima cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama isteri kedua dan telah berusaha ‘menyembunyikan’ untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak.

image is not available

image is not available

image is not available

Bini saya tengah dekat hospital. Saya tak tau nak buat macam mana lagi. Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya. Tapi orang luar yang update kat media. Menyampaikan sana sini.

Saya dah cuba jaga segala sudut. Saya harap jangan buat fitnah bukan-bukan. saya dah tutup mulut ketat untuk jaga hati masing-masing.

Namun, tindakan seorang individu memuat naik status ucapan tahniah terhadap Abang Tesla dan isterinya atas kelahiran cahaya mata telah membuatkan ramai salah faham.

image is not available

Di sebabkan posting orang ni wife no 2 saya dituduh untuk bolot harta. Saya taktau kenapa dia perlu menaip macam ni untuk wish. Wife saya memang takda update apa-apa.

Sebelum ini, Majdina menerusi beberapa hantaran di media sosial mendakwa dirinya diganggu oleh orang-orang tertentu dan dituduh mandul oleh keluarga madunya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Kau Ganggu Proses IVF Bawa Kaum Kau Ganggu Mental Aku" - Dihina Mandul, Isteri Pertama Abang Tesla Hilang Sabar Dengan Madu?