PEZA (Agensi Zon Ekonomi Filipina) mempelajari ekosistem halal Malaysia untuk meningkatkan lagi sasar hab halal global

Business & Finance
7 Jul 2023 • 3:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: PEZA (Agensi Zon Ekonomi Filipina) mempelajari ekosistem halal Malaysia untuk meningkatkan lagi sasar hab halal global
Aleem yang pernah menyertai PIHEC 2022 dapat bertemu sekali lagi dengan TYT Tun Ahmad Puzi, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (kanan) di PIHEC 2023. Foto: Zulkifly

Pasaran halal global diunjur berkembang kepada RM23.2 trillion menjelang 2030. Di Malaysia, pasaran halal dijangka mencapai nilai RM526.5 b

illion dalam tempoh tujuh tahun. Trend positif terhadap pasaran halal didapati akan merancakkan pembangunan ekosistem halal di Malaysia yang seterusnya akan menjalurkan peluang pelaburan, perdagangan dan pekerjaan dalam industri halal. Halal Devopment Corporation (2022) menyatakan Malaysia kini menjadi rujukan utama penyelidikan dan pembagunan ekosistem halal dunia.

Menurut laporan “State of the Global Islamic Economy 2022” (Petunjuk Ekonomi Islam Global), Malaysia mengekalkan kedudukan perolehan produk halal tertinggi berbanding 81 buah negara lain. Ia memfokus wawasannya "Hanessing Halal Synergies" dengan mengadaptasi perkembangan digital dan inovasi baharu untuk memacu kitaran pertumbuhan industri halal dalam pelbagai sektor. Strateginya terbahagi kepada dua: Pertama, perkembangan perniagaan tempatan, dan kedua, perkembagaan bersama rakan kongsi niaga.

Enggan mensia-siakan peluang terhidang, Datu Aleem Sidique Guiapal, Timbalan Ketua Pengarah, PEZA (Philippines Economic Zone Authority) telah terbang ke Malaysia untuk menghadiri Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) kali ke-12 dari 23-25 Jun, 2023 untuk mempelajari dan menjalin perkongsian baharu dalam industri halal. Persidangan ini telah amat bermanfaat kepada Datu Aleem melalui program berkait dengan ekosistem Halal dan menyaksikan promosi penawaran serta peluang pelaburan.

Terdahulu Datu Aleem pernah menyertai ‘Malaysia International Halal Showcase’ (MIHAS) dan Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (SELHAC) yang sudah memasuki tahun kedua. Tujuan utamanya supaya PEZA dapat menyertai ‘platform’ ulung dalam industri Halal di ASEAN dan Malaysia bagi meluaskan rangkaian pemasaran dan pembangunan. Beliau memahami empat sektor teras industri halal ialah makanan dan muniman, farmaseutikal komestik dan penjagaan peribadi, fesyen, peralatan dan pelancongan perubatan.

Datu Aleem seterusnya menyatakan “Industri Halal semakin berkembang bukan sahaja di Filipina bahkan seluruh dunia. Pertumbuhannya semakin rancak kerana peningkatan permintaan terhadap produk halal daripada masyarakat dunia. Bukan sahaja orang Islam yang berminat mendapatkan produk dan perkidmatan halal tetapi orang bukan Islam juga berminat mendapatkannya. Filipina merupakan antara negara yang mempunyai potensi besar dalam industri halal dan sewajarnya diangkat sebagai industri yang berdaya saing.”

Image from: PEZA (Agensi Zon Ekonomi Filipina) mempelajari ekosistem halal Malaysia untuk meningkatkan lagi sasar hab halal global
Berpadulah persahabatan dan terjalin rasa persaudaraan di antara Datu Aleem (kiri) & Dr. Zul menjadi kekal abadi. Foto: Zulkifly

Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.