Apple menimbulkan kemarahan pengguna iPhone selepas kemas kini perisian iOS 10.2.1 menyebabkan sebilangan peranti mengalami pengurangan prestasi. Menurut Apple ini diaktifkan sekiranya peranti mengesan bateri tidak lagi beroperasi pada tahap optimum. Bagi mengelakkan peranti mengalami masalah, prestasi pemproses dikurangkan.

Selain amaran pada peranti, maklumat mengenai perubahan yang berlaku pasca kemas kini turut akan dipaparkan pada laman web untuk rujukan pengguna. Kerana insiden iPhone diperlahankan selepas kemas kini, Apple meminta maaf, menawarkan program pertukaran bateri yang murah dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk menyahaktifkan sistem memperlahankan pemproses secara manual menerusi iOS 11.3.
