Penunggang maut motosikal rempuh lori tangki

29 May 2019 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SERENDAH - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori tangki di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, di hadapan stesen minyak Petronas Serendah, malam semalam.

Dalam kemalangan jam 11.04 malam itu, Rozaimy Adam, 21, yang beralamat di Taman Seri Murni, Selayang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku semasa lori tangki dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari Rawang ke Petronas Serendah.

Menurutnya, lori tangki tersebut mahu membelok ke kanan jalan ke stesen minyak berkenaan dan pada masa sama, sebuah motosikal jenis Kawasaki ER250 C dari arah bertentangan tidak sempat mengelak.

"Motosikal terbabit melanggar bahagian kiri lori tangki dan penunggang meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala pembonceng berusia 21 tahun cedera parah di bahagian kepala dan pemandu lori tangki ditahan untuk siasatan di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor," katanya.

Beliau berkata, kes di klasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved