Belanjawan Selangor catat penurunan perbelanjaan RM0.23 bilion

LocalBusiness & Finance
1 Nov 2019 • 6:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Belanjawan Selangor 2020 mencatatkan penurunan perbelanjaan sebanyak RM0.23 bilion iaitu daripada RM2.56 bilion kepada RM2.33 bilion bagi tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, daripada RM2.33 bilion itu, sebanyak RM1.2 bilion (51.44 peratus) diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, sementara RM1.133 bilion (48.56 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

"Belanjawan 2020 dijangka akan mengalami defisit berjumlah RM133 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan.

"Jumlah defisit ini bagaimanapun lebih rendah berbanding tahun 2019 iaitu RM360 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil bagi tahun 2020 sebanyak RM2.2 bilion daripada premium tanah, cukai tanah dan pemberian persekutuan.

"Penyumbang utama kepada hasil negeri adalah premium tanah iaitu sebanyak RM968 juta diikuti hasil cukai tanah sebanyak

RM568 juta dan pemberian Persekutuan iaitu RM224 juta.

"Prestasi kewangan kerajaan negeri sehingga 18 Oktober lalu adalah baik dengan kedudukan rizab semasa negeri sebanyak RM2.32 bilion," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved