
Terkini dalam Google Maps, pengguna sudah boleh mencari lokasi stesen pengecas kereta elektrik. Jadi bagi pemandu-pemandu kereta seperti Nissan Leaf, Reanult Zoe atau BMW i3 di Malaysia kini anda lebih mudah untuk mencari stesen pengecas kereta elektrik. Hanya masukkan kata kunci ‘electric charger’ dalam bar carian Google Maps, hasil carian akan memaparkan stesen yang berdekatan dengan anda. Cuma sayang sekali, buat masa ini tiada penapisan yang boleh dibuat untuk mencari stesen yang khusus untuk kereta anda. Jika di Amerika Syarikat, J1772, CCS (combo 1), CCS (combo 2), Type 2, CHAdeMO dan Tesla boleh dipilih untuk membuat carian yang lebih baik. Namun atas percubaan, hanya beberapa hasil carian sahaja memaparkan Type 2 dan tidak memaparkan yang lain.
