PGA, polis marin rampas barangan kawalan RM20,000 di Semporna

24 Oct 2026 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

PGA, polis marin rampas barangan kawalan RM20,000 di Semporna

SEMPORNA: Sejumlah 3,500 liter minyak diesel, 455 liter petrol, 57kg minyak masak peket dan dua tong gas petroleum cecair (LPG) dirampas dalam tiga kes berasingan susulan operasi yang dijalankan di daerah ini.

Keseluruhan barangan kawalan yang dirampas daripada tiga kes berkenaan dianggarkan bernilai RM20,046.30.

Rampasan dilakukan oleh Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak dan Pasukan Polis Marin Semporna sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Khamis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN dalam kenyataan berkata lima lelaki direman bagi membantu siasatan dengan dua daripadanya berkaitan dengan rampasan pertama yang melibatkan 180 liter petrol, 57 kilogram minyak masak peket, dua tong LPG serta bot-bot di perairan Boheayan Selatan.

Kes kedua melibatkan 275 liter petrol yang ditemui di jeti awam Semporna dan diklasifikasikan sebagai rampasan tanpa pemilik (tidak dituntut).

Sementara itu, bagi kes ketiga, kira-kira 3,500 liter minyak diesel ditemui di dalam tangki sebuah bot di perairan Kampung Halo bersama sebuah bot kayu, enjin dan peralatan berkaitan.

KPDN menyatakan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, KPDN mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Pesalah boleh berdepan tindakan di bawah Akta 122 dan, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda seperti berikut: bagi individu, denda sehingga RM1,000,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3,000,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula denda tidak melebihi RM2,000,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5,000,000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya apabila disabitkan kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi boleh mengemukakan aduan kepada Kementerian menerusi saluran berikut: WhatsApp di 019-848 8000, pusat panggilan di 1-800-886-800 atau menerusi aplikasi Ez ADU KPDN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved