PGA rampas makanan sejuk beku seludup dari Thailand

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2024 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lori jenis Mitsubishi dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh suspek berusia 34 tahun.

image is not available
Seorang pemandu lori tidak sempat menghantar makanan sejuk beku yang dipercayai diseludup dari negara jiran selepas dicekup oleh Batalion 9 PGA di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang pada Khamis.

image is not available
Makanan sejuk beku yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

RANTAU PANJANG - Seorang pemandu lori tidak sempat menghantar makanan sejuk beku yang dipercayai diseludup dari negara jiran selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang di sini pada Khamis.

Dalam serbuan jam 9 malam itu, lori jenis Mitsubishi yang membawa barangan bernilai RM14,000 dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh suspek berusia 34 tahun.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, aktiviti terbabit dikesan semasa penugasan Op Taring Warisan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui pelbagai jenis makanan sejuk beku tanpa dokumen sah dipercayai diseludup dari Thailand.

"Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan berkenaan ke pasaran tempatan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Suspek dan barangan rampasan diserahkan ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved