PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta

21 Oct 2023 • 4:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Produk sejuk beku bernilai RM 13 juta dirampas di Bintulu

PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta. Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 657,050kg produk makanan sejuk beku pelbagai jenama bernilai RM13.3 juta dalam Op Taring Bravo di sekitar Kemena Industrial Estate, Bintulu, semalam.

Komander PGA Briged Sarawak Che Gazali Che Awang, berkata serbuan pada 8 pagi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak serta Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu itu, turut menahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 70 tahun.

image is not available
PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta. Sumber: FMT

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 47,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha, hempedu, dada, dan sosej.

Produk sejuk beku disimpan di sebuah gudang khas di Bintulu

“Turut ditemukan 5,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging lembu seperti daging, tulang dan perut serta 1,900 kotak daging khinzir,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semua produk makanan sejuk beku pelbagai jenama itu disimpan dalam ruang pembekuan di tiga buah bilik sejuk beku di premis berkenaan dipercayai tidak mempunyai permit import sah.

Che Ghazali berkata, pemilik premis itu telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu dan barangan telah dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 9(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/dua-kotak-sosej-logo-halal-tak-dirampas-bintulu/

https://www.iloveborneo.my/restoran-nasi-kandar-terkenal-di-kuching-tutup/