PGA serbu kilang proses kayu disyaki hasil hutan tak bercukai

LocalEnvironment
5 Aug 2026 • 7:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PGA serbu kilang proses kayu disyaki hasil hutan tak bercukai

KUALA KRAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang pemprosesan kayu yang dipercayai menggunakan hasil hutan tidak bercukai Op Bersepadu Khazanah di Sungai Embak di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 3 petang itu, PGA turut menahan lima lelaki masing-masing berusia 31 hingga 62 tahun serta me­rampas pelbagai peralatan termasuk kayu yang dianggarkan bernilai RM2.32 juta.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika serbuan dijalankan, pihak­nya mendapati seorang lelaki sedang mengendalikan jentera berat membawa muatan kayu ke sebuah treler, manakala empat lagi lelaki sedang memotong kayu di dalam kilang terbabit.

“Pemilik kilang kemudian mengemukakan Perakuan Industri Berasaskan Kayu yang sah bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

“Bagaimanapun, pihak Jaba­tan Perhutanan Jajahan Machang yang dipanggil ke lokasi mengesahkan kayu-kayu yang berada di kawasan kilang itu dipercayai tidak bercukai sebelum pemeriksaan lanjut menemui pelbagai lagi bahan dan peralatan di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki yang mengaku sebagai pemilik kilang memaklumkan premis tersebut mula beroperasi sejak April lalu dan disewa daripada seorang lelaki Cina pada kadar RM4,000 sebulan.

Katanya, pemilik kilang memberitahu bekalan kayu di­peroleh daripada penduduk setempat, namun kayu berkenaan dipercayai tidak bercukai sekali gus menimbulkan syak sumber bekalannya diperoleh secara tidak sah.

“Bekalan kayu yang telah siap diproses dipercayai diedarkan secara berperingkat kepada beberapa kilang pemprosesan palet kayu di sekitar Kelantan mengikut permintaan pelanggan bagi tujuan pemasaran dan pembekalan kepada pasaran tempatan serta sektor perindustrian,” ujarnya. – UTUSAN

The post PGA serbu kilang proses kayu disyaki hasil hutan tak bercukai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved