PGA tahan warga Thailand cuba rentas sempadan secara haram

LocalPolitics
26 Dec 2024 • 4:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 26 DIS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 50 tahun kerana disyaki masuk ke negara ini secara haram melalui Kampung Pulau Ular di Tumpat, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA selepas ternampak sebuah bot dari Thailand menghampiri pangkalan haram itu, dan menurunkan penumpang di bawah jambatan kawasan terbabit, pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Bagaimanapun, pemandu bot terbabit berjaya melarikan diri dan meninggalkan penumpang (suspek) setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan dijalankan dan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved