PGA tumpas kegiatan seludup kerbau dari Thailand, tahan dua lelaki

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 10:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 22 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek, Pasir Mas pada Isnin lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.

“Anggota menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum mendapati terdapat 11 kerbau dengan anggaran berat sekitar 9,000 kilogram di dalam lori berkenaan.

“Kerbau berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram tanpa dokumen sah. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM242,000 termasuk kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berumur 26 dan 35 tahun yang dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kerbau itu ke pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

— BERNAMA

​​​​

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved