PGA tumpaskan kegiatan seludup barang runcit hampir RM10,000

LocalPolitics
8 Nov 2024 • 8:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai kotak barang runcit dipercayai diseludup dari Thailand di dalam kereta berkenaan dengan anggaran nilai RM9,360. Foto FB PGA Batalion 9

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit bernilai hampir RM10,000 di Pangkalan Haram Pasir, Rantau Panjang hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan apabila sepasukan anggota ternampak sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa Op Taring Wawasan Kelantan dijalankan.

"Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kereta setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai kotak barang runcit dipercayai diseludup dari Thailand di dalam kereta berkenaan dengan anggaran nilai RM9,360," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan barang rampasan dibawa ke Komtak Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved