PGRS rancang struktur semula organisasi

LocalPolitics
19 Mar 2026 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) merancang menstruktur semula organisasinya daripada 74 bahagian kepada 26 dalam usaha memperkukuh dan memperkemaskan parti.

Ketua Penerangann PGRS Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar) berkata langkah itu dipersetujui Majlis Tertinggi parti berkenaan bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun dan berkesan.

Beliau berkata penstrukturan semula itu bertujuan mengukuhkan PGRS sebagai tunjang kepada Kerajaan Perpaduan di Sabah dan memperkasakan perjuangan membela rakyat.

“Penstrukturan semula ini akan memberi banyak kebaikan lagi dalam perjuangan Gagasan Rakyat untuk membela rakyat,” katanya kepada pemberita semalam.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah itu berkata struktur baharu dijangka berasaskan 25 kawasan Parlimen di Negeri di Bawah Bayu serta satu di Labuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah itu menjadi hala tuju baharu parti dalam memperkukuh operasi PGRS di semua peringkat selain memudahkan pelaksanaan aktiviti.

Nizam juga berkata PGRS akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan termasuk pindaan Perlembagaan parti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved