PH akan muktamadkan pendekatan, strategi hadapi PRN tiga negeri

LocalPolitics
7 Feb 2026 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution memberi penerangan pada sidang media selepas meninjau projek Pusat Kemudahan Perniagaan KEDA pada Sabtu. Foto Bernama

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan pendekatan dan strategi gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak dalam tempoh terdekat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Majlis Sekretariat PH yang bermesyuarat minggu lepas telah meminta Jawatankuasa Pilihan Raya PH membuat persiapan awal, termasuk merangka strategi menghadapi pilihan raya berkenaan.

"Antara perkara yang akan dipertimbangkan adalah sama ada model kerjasama Kerajaan Perpaduan ketika ini, iaitu Barisan Nasional (BN) dan PH bergabung di bawah satu kerajaan akan diguna pakai dalam PRN akan datang,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, semua cadangan dan pendekatan itu akan dibentangkan melalui kertas strategi yang sedang disediakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PH dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah melakukan lawatan ke tapak projek Pusat Kemudahan Perniagaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved