PH akur prerogatif Sultan Johor pelantikan menteri besar - Maszlee

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 12:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PH akur prerogatif Sultan Johor pelantikan menteri besar - Maszlee
Maszlee ketika temu bual bersama Bernama di Bilik Operasi Bernama sempena kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 pada Isnin. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan jawatan Menteri Besar Johor kepada kebijaksanaan dan prerogatif Sultan Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Calon PH bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setakat ini gabungan berkenaan tidak membincangkan isu jawatan berkenaan kerana fokus utama parti adalah untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui kerja berpasukan.

"Isu menteri besar kita tak bincangkan langsung kerana kita akur bahawa ikut Undang-Undang Tubuh Negeri, prerogatif untuk melantik menteri besar ialah kuasa Istana. Jadi, di penghujungnya Tuanku yang akan tentukan,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desas-desus dalam media sosial, yang mengaitkan nama beliau sebagai antara calon utama Menteri Besar Johor daripada blok PH sekiranya gabungan itu menang pada PRN Johor ke-16.

Maszlee berkata, PH tidak bergantung kepada kredibiliti satu-satu tokoh semata-mata, sebaliknya mempertaruhkan barisan calon yang berkualiti untuk kesemua kerusi yang ditandingi demi kesejahteraan masyarakat.

"Bagi kami, kita akan cuba beri yang terbaik, hatta kita rangkakan pendekatan untuk yang terbaik, servis yang terbaik, jadi kita tak bergantung kepada satu tokoh semata-mata. Kita kemukakan satu kumpulan, kalau kita kata 56, 56 itulah ‘Avengers’ (adiwira) kita,” katanya.

Hari mengundi PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved